top of page

APA ITU SENI ?

17 Divertidos y originales fondos de pantalla para personalizar tu celular.png

SELAMAT DATANG

Website ini berfokuskan kepada seni tari ataupun seni yang melibatkan tarian di malaysia.

DENGARKAN LAGU-LAGU IRAMA MALAYSIA

seni tari

KAUM

MALAYSIA KAYA DENGAN PELBAGAI KAUM YANG SEPERTI BERIKUT:

​

ba4f10c3068068a410e15c8978b67dbc.jpg

MELAYU

Orang Melayu Malaysia ialah bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia diperkirakan sebanyak 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Mereka ditakrifkan secara umum sebagai "Bangsa Melayu". Bangsa Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di negara ini.

pngtree-cute-chinese-character-illustration-wearing-traditional-chinese-outfit-in-hand-dra

CINA

 Orang Cina di Malaysia (Han Chinese) adalah orang Cina yang berhijrah ke Malaysia atau yang dilahirkan di Malaysia. Kebanyakan orang Cina ini adalah keturunan daripada selatan China yang tiba pada awal abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20.

pngtree-people-in-traditional-asian-clothing-cartoon-characters-vector-png-image_4427629.p

INDIA

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina . Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor.

maksud disebalik seni tari

Tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian,

​

Seni tari merupakan warisan budaya yang menghiasi keunikan kaum-kaum di Malaysia sama ada orang Melayu,orang Cina,orang India,dan bumiputra Sabah dan Sarawak.Tarian-tarian yang dipersembahkan oleh kaum-kaum tersebut benar-benar eksotik dan menawan apabila ianya ditambah dengan gerak anggota badan yang dilakukan dengan lemah lembut sambil diiringi dengan bunyian muzik.Menurut ahli sejarah tarian dan muzik Jerman ,C.Sachs ,beliau telah memberikan definisi tarian sebagai gerakan yang berirama.Seni tari juga membawa maksud pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang indah.

​

Keunikan tarian-tarian di Malaysia dapat dilihat apabila kebanyakan tarian tersebut banyak dipengaruhi unsur pengaruh luar yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk tarian .Antara tarian yang mendapat pengaruh daripada luar ialah tarian Mak Yong Melayu yang berasal daripada Patani iaitu di selatan Thailand,tarian Kuda Kepang yang dibawa ke negeri Johor oleh pendatang Jawa dan tarian Zapin yang diperkenalkan oleh mubaligh dari Timur Tengah.Sebaliknya di Sabah dan Sarawak keunikan tarian mereka lebih terserlah kerana mereka sendiri yang mencipta tarian tersebut yang berfungsi sebagai memperingati sesuatu peristiwa atau merayakan sesuatu perayakan.Tarian Datun Julud umpamanya dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong yang bertujuan uatuk mengambarkan kegembiraan dan kesyukuran.Bagi tarian Ngajat pula dicipta untuk menyanjung pahlawan mereka yang hebat dan gagah.

NDEw.jpg
TarianJoget3.jpg
Download Traditional Indonesian Batik Background Template for free.jpg

JENIS-JENIS TARIAN DI MALAYSIA
(masyarakat melayu)

TARIAN ZAPIN 

Tarian zapin (Zafn) yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut pukulan merupakan sejenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang dikenali sejak kurun lamanya. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam tarian tersebut. 

TARIAN INANG 

Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping.

TARIAN JOGET 

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar.[1]Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka.
photo_2023-06-24_00-44-31.jpg
download (3).jpg
Tarian Joget Melayu.jpg
Download Traditional Indonesian Batik Background Template for free.jpg

(MASYARAKAT CINA)

TARIAN SINGA 

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini
akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang
ikatakan akan membawa tuah.
download (2).jpg

TARIAN KIPAS 

kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.Tarian ini bersembah pada banyak masa,sebagai contohnya Hari Tahun Baru Cina, Karnival Tradisional dan budaya, 
photo_2023-06-24_00-43-22.jpg
Download Traditional Indonesian Batik Background Template for free.jpg

(MASYARAKAT INDIA)

TARIAN BHARATA NATYAM.

Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan.

3286786881_590bb2b7fd_o.jpg

TARIAN BHANGRA.

Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia.
39631_416292097733_672342733_4934665_2641138_n (1).jpg

Call 

019-5048628

Follow

  • Instagram

© 2035 by Izz.Baba Powered and secured by Wix

bottom of page